Program Pensijilan Pengurus Projek JKR merupakan salah satu inisiatif yang telah dibangunkan oleh PROKOM di bawah Program Pengurusan Perubahan JKR dan selaras dengan JKR Strategic Framework 2007-2010. Melalui program pensijilan ini, pengetahuan dan kemahiran akan dinilai berpandukan kepada JKR Competency Standards for Project Management yang mana telah dibangunkan berdasarkan kepada Australian Project Management Competency Standard.
Assessor yang bertauliah akan menjalankan penilaian ke atas calon program iaitu daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap (knowledge, skill & attitude) mengikut tahap pensijilan yang telah ditentukan.
Peringkat Pensijilan | Gelaran | Singkatan | Peranan |
---|---|---|---|
Pengurus Program | Registered Program Manager | RPD | Bertanggungjawab terhadap program yang merangkumi kesemua projek yang diurus oleh beberapa Pengurus Projek. |
Pengurus Projek | Registered Project Manager | RPM | Bertanggungjawab terhadap sesuatu projek di sepanjang kitar hayat projek. |
Pasukan Projek | Qualified Project Practitioner | QPP | Merupakan ahli pasukan projek dalam sesuatu projek. |
Copyright © 2017 MAPMA by CWorks